PANORAMA

MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BATU SAPI SANDAKAN.

MEMBER LIKE

24 Januari 2016

BANTUAN E-KASIH BAJU BERUNIFORM 2015

25 Januari 2016 - Berlangsungnya penyerahan bantuan e-Kasih baju unit berunifm bagi tingkatan 3, tingkatan 4 dan tingkatan 5 2015


  Pen. Kanan Ko-Kurikulum mengiringi Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin dalam majlis penyerahan baju unit beruniform kepada pelajar tingkatan 3, tingkatan 4 dan tingkatan 5. Bantuan E-Kasih ini adalah untuk pelajar tahun 2015 yang naik ke tingkatan baru pada tahun ini.









Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang mendapat bantuan E-Kasih baju unit beruniform. Semoga para pelajar yang mendapat bantuan ini akan dapat menyumbang ke arah menaikan nama unit beruniform masing-masing

TAHNIAH


21 Januari 2016

PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN OLEH YAYASAN IKHLAS CAWANGAN SABAH 2016.


Khamis, 21 Jan 2016 - Program Bantuan Persekolahan 2016 anjuran Yayasan Ikhlas (YI), Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (I-Guru) dan Etiqa Takaful Berhad.

SMK Batu Sapi antara 3 sekolah yg tepilih di daerah Sandakan selain SMK Perempuan dan MRSM Sandakan. Seramai 47 orang pelajar berusia 14-17 tahun di SMK Batu Sapi terpilih menerima sumbangan berbentuk beg, t-shirt, juzu' Amma dan wang tunai RM50. 

Penyerahan disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Ikhlas cawangan Sabah, En. Noorulhazry bin Saimin dan YDP I-Guru, Cikgu Nurul Hidayah bt. Md Saad.
Sebelum ini majlis penyerahan telah dijalankan kepada 200 pelajar di Kudat telah dijalankan 
di SMK Kudat II.

Pihak sekolah melahirkan rasa syukur atas pemilihan ini dan berharap akan ada lagi kerjasama antara Yayasan Ikhlas, i-Guru dan pihak sekolah pada tahun hadapan.Diharapkan juga bantuan persekolahan ini akan memberi suntikan semangat untuk pelajar-pelajar  berusaha bersungguh-sungguh menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja di dunia tetapi juga cemerlang di akhirat. 


 ETIQA DAN I-GURU


 Yayasan Ikhlas Cawangan sabah


Pengerusi majlis Cikgu Sitti Rahmah Rolla


Ucapan oleh
 Pengerusi Yayasan Ikhlas cawangan Sabah, En. Noorulhazry bin Saimin dan YDP I-Guru 


 Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin  bersama barisan pentadbir turut hadir dalam majlis ini





 Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin menyampaikan cenderahati kepada
 Cikgu Nurul Hidayah bt. Md Saad selaku wakil muslimah daripada Yayasan Ikhlas cawangan Sabah.


Pengetua Pn. Hjh Normah Hj . Husin  dan seluruh warga SMK Batu Sapi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Ikhlas cawangan Sabah kerana dengan berbesar hatinya  memberi sumbangan kepada anak-anak didik SMK Batu sapi.

TERIMA KASIH DAN SEKALUNG BUDI

12 Januari 2016

PERTANDINGAN NILAM DAERAH SANDAKAN 2016

12 Januari 2016 - Berlangsungnya pertandingan NILAM Peringkat Daerah Sandakan di SMK Elopura II. SMK Batu Sapi menghantar dua orang perserta NILAM


 Pelajar SMK Batu Sapi

 Johan Bahasa Malaysia kategori Sekolah Menengah Luar Bandar
- Siti Nuradaha binti Mohammad Ali

 Johan Bahasa Inggeris kategori Sekolah Menengah Luar Bandar
Nur Arllyza binti Jukeply 


 Guru terlibat ialah Cikgu Khadizah Kadir merupakan GPM dan Hakim Lisan 
Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 
dan
 Fazidah Abdul Pirus - Penyelaras NILAM dan guru pengiring


Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin dan seluruh warga SMK Batu Sapi mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan NILAM SMK Batu Sapi kerana telah berjaya dengan cemerlang.

SYABAS DAN TAHNIAH

8 Januari 2016

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU SARIMAH DAN USTAZ ZULKHAIRI ANJURAN KELAB KELUARGA

4 Januari 2016 - Berlangsungnya majlis perpisahan untuk Cikgu Sarimah dan Ustaz Zulkhairi Saidin yang dianjurkan oleh Kelab keluarga SMK Batu Sapi dengan kerjasama rakan-rakan guru. Majlis ini bertempat di Sanbay Hotel Sandakan. Turut hadir sama  dalam majlis ini ialah Pengerusi Kelab Keluarga Sesi 2016/2017 Cikgu Mhd Zair Andi Nursalam.



Pengerusi Kelab Kelaurga SMK Batu Sapi Cikgu Mhd Zair Andinursalam menyampaikan cenderahati kenangan kepada Cikgu Sarimah binti Maliki yang akan berpindah di SMK ARSHAD, Kota Belud, Sabah.


 Acara potong kek oleh Cikgu Sarimah


Cikgu Sarimah bersama rakan-rakan guru SMK Batu Sapi 


 Pen. Kanan Pentadbiran Drs Hamid Abdul Rahmat menyampaikan cenderahati kenangan kepada Ustaz Zulkhairi Saidin dalam majlis perpisahan Ustaz Zul bersama pelajar SMK Batu Sapi
di Dewan Tun Abdul Rahman.


Ustaz Zulkhairi bersama Pengerusi Kelab Keluarga dan rakan guru 

Semoga Ustaz Zulkhairi dan Cikgu Sarimah lebih berjaya dan cemerlang di sekolah yang baru kelak.



Pengikut