PANORAMA

MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BATU SAPI SANDAKAN.

MEMBER LIKE

21 Mei 2013

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH 2013



Majlis Penutupan Sukan Sukan 2013.

Puan Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin berucap dalam Majlis Penutupan Sukan Sekolah.

 Perasmian penutupan oleh Yang Dipertua PIBG SMK Batu Sapi 2013.





Pertandingan Kawad Kaki antara rumah sukan 






Pertandingan Kawad Kaki antara Unit Uniform 2013.





Persembahan Teakwondo oleh Kelab Teakwondo SMK Batu Sapi.


Acara guru-guru

19 Mei 2013

PIAGAM PELANGGAN SMK BATU SAPI.

KAMI WARGA SMK. BATU SAPI KOMITED UNTUK MELAKSANAKAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI SEK0LAH DENGAN MEMASTIKAN: 


1. Segala pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan bagi semua pengurusan dibuat dalam    
    masa  yang ditetapkan.

2. Permuafakatan antara guru, pentadbiran dan ibubapa dalam penyelesaian ketaakuran.

3. Peningkatan tahap kualiti pengurusan kurikulum di sekolah.

4. Segala teguran dan saranan untuk meningkatkan kualiti sistem pengurusan kualiti sekolah 
    diterima.

5. Semua guru mematuhi keperluan sistem pengurusan kualiti sekolah dan seterusnya mencapai 
    NCR sifar.

17 Mei 2013

SUKANTARA DAN MERENTAS DESA SMK BATU SAPI 2013

16 - 17 Mei 2013 - SMK Batu Sapi menjalankan sukantara antara rumah sukan. 4 rumah sukan yang terlibat ialah Rumah Sukan Hang Tuah, Rumah Sukan Hang Kasturi, Rumah Sukan Hang Jebat dan Rumah Sukan Hang Lekir.

KEPUTUSAN RASMI SUKANTARA SMK BATU SAPI 2013

Tahniah kepada rumah sukan yang berjaya. Kepada rumah sukan yang kurang berjaya,
 perjuangan belum selesai . 
Kejohanan Sukan Sekolah 2013 akan bermula pada minggu hadapan 20 - 21 Mei 2013.
Buktikan kehebatan anda semua.

 
Cikgu Razak bersama AJK yang terlibat di dalam acara 100 meter.

Petugas peralatan siap sedia membantu dalam menyediakan peralatan yang diperlukan.
Dengan moto 'Pantas Gerak,Cekap dan Kemas'.


 Acara lompat jauh perempuan kelas 2.

Penuh semangat , guru-guru memberi sokong kepada rumah sukan masing-masing.
Cikgu fauzi merupakan ketua rumah sukan Hang Kasturi bersama AJK yang terlibat.

 Lontar peluru bagi lelaki kelas 2.

Cikgu Parida, cikgu Alina bersama petugas-petugas lain  dalam acara 100 meter. 
Tugas sebagai penjaga masa.

 Meriah, sambutan daripada para pelajar sangat mengalakan. Kehadiran para pelajar pada tahun ini mengikut statistik adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Anda hebat!

Lontar Cakera bagi perempuan kelas 1.

MERENTAS DESA SMK BATU SAPI 2013


Pn. Pengetua bersama Yang DiPertua PIBG berada di garisan permulaan untuk
melepaskan para peserta dalam acara merentas desa.

Kawalan trafik oleh guru-guru demi menjaga keselamatan para pelajar dalam acara
merentas desa.

Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin dan barisan pentadbir bergambar bersama guru-guru setelah selesai acara merantas desa. Sangat meriah

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN ACARA TAHUNAN INI.
WARGA SMK BATU SAPI SEMEMANGNYA HEBAT.

15 Mei 2013

ANDA FAHAM ANDA KATA ANDA PANDAI, ANDA SILAP!

Anda faham pelajaran di kelas.
Anda dapat siapkan semua latihan di kelas dengan betul.
Anda rasa anda sudah pandai kerana anda sudah faham.
Tetapi adakah anda dapat menjawab dalam peperiksaan?.
Anda baca soalan peperiksaan anda rasa senang.
Tetapi anda tidak tahu bagaimana hendak mulakan.
ITU....TANDANYA ANDA BELUM PANDAI.
SEBAB PANDAI ITU MAKSUDNYA INGAT.
ANDA LUPA, ANDA LEMAH INGATAN?

Jom kita belajar kaedah mudah untuk mengingat fakta pelajaran.
SENANG SAHAJA... JOM SANTAI DAN TANAMKAN AZAM ANDA SEKARANG.



13 Mei 2013

KURSUS PENYEJUKBEKUAN DAN PEMASANGAN PENYAMAN UDARA 2013

11,12 dan 18 Mei 2013 berlangsungnya Kursus Kemahiran 1Malaysia.
Kursus ini di hadiran oleh En. Arafa, En. Jaini, En. Asseri, En. Mohd Shukor dan En. Abdul Rahman.
Kursus ini di anjurkan oleh Pusat Giat Mara Libaran batu 8, Sandakan.


Jurulatih Penyejubekuan En. Jaydi memberikan kuliah kepada para peserta yang hadir.

Santai, antara peserta yang sudah tiba dan masih menunggu peserta lain memenuhi ruang bilik kuliah.

Latihan praktikal kaedah menyambungan paip kuprum.

 Antara hasil kerja peserta kursus 

En. Jaini sedang menyiapkan sambungan paip kuprum menggunakan kaedah pemanasan dan cantum.

Latihan praktikal pemasangan unit luar dan unit dalam penyaman udara.

En. Mohd Shukor , En. Abdul Rahman dan En. Assri berkerjasama dalam menyiapkan pemasangan mengikut aturan piawaian yang ditetapkan.



 kumpulan En. Mohd Shukor dan En. Arafa adalah kumpulan pertama yang telah berjaya siapkan pemasangan unit luar dan unit dalam penyaman udara. Disahkan lulus oleh jurulatih yang terlibat.





Pengikut