PANORAMA

MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BATU SAPI SANDAKAN.

MEMBER LIKE

19 Mac 2013

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR MSSD SANDAKAN 2013

21 - 23 MAC 2013 Pertandingan Bola Tampar Peringkat MSSD Sandakan diadakan bertempat di SMK Tinusa.


Pasukan lelaki SMK Batu Sapi sedang beraksi dalam perlawanan 
menentang SMK Sandakan.


Perlawanan yang amat mendebarkan. Semangat juang Pasukan SMK Batu Sapi 
sangat tinggi sehingga dapat menumpaskan semua pasukan daripada semua 
sekolah-sekolah daerah sandakan.


Pasukan Perempuan SMK Batu Sapi sedang beraksi dalam perlawanan 
menentang SMK Perempuan



Pasukan Lelaki SMK Batu Sapi  Juara Keseluruhan MSSD Sandakan 2013. 

ANDA HEBAT!


Pasukan Perempuan SMK Batu Sapi Juara Kumpulan dan Tempat Ke-3 Keseluruhan 
dalam pertandingan bola tampar MSSD Sandakan 2013.

ANDA HEBAT!

Bergambar dengan Ketua Jurulatih Bola Tampar SMK Batu Sapi En. Fauzi ( baju kuning)
 dan Pengurus Pasukan En. Roslan 


Hebat dan penuh bergaya Pasukan lelaki dan perempuan bergambar dengan
Penolong Jurulatih En. Nasir Jonggang( kanan), Penolong Kanan Ko-Kurikulum En. Awang Tajuddin Ak Arshad, Pengurus Pasukan En. Roslan Mohd Noh dan Ketua Jurulatih En. Fauzi Mohd Nasir (kiri gambar)

ANDA HEBAT!

PN. PENGETUA PN. HJH NORMAH HJ.HUSIN
 DAN SEMUA WARGA SMK BATU SAPI 
MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN AMAT BERBANGGA DENGAN KEJAYAAN PASUKAN BOLA TAMPAR SMK BATU SAPI.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.





PERTANDIGAN KAWAD KECEKAPAN KADET BOMBA SANDAKAN



Pasukan Kadet Bomba SMK Batu Sapi bersama jurulatih Cik Lidiawati Abdul Latif dan 
Cik Juliana Jumarang membuat 
 persediaan Kawad Kaki di luar Balai Bomba Sandakan.


Kadet Bomba Pasukan SMK Batu Sapi dalam pertandingan kawad kaki.

Kadet Bomba Pasukan SMK ST. Mary dalam pertandingan kawad kaki.


Antara Pasukan Kadet Bomba sekolah-sekolah Daerah  Sandakan dalam Pertandingan
Kemahiran Ikatan Dan Simpulan.


Pasukan Kadet Bomba Pasukan Sekolah dalam pertandingan 
Kawad Operasi Berhalangan Kering.


Pertandingan Kawad Operasi  Berhalangan Kering.


Penolong Kanan Ko-Kurikulum En. Awang Tajuddin Ak Arshad mengiringi 
Timbalan Pengawai Pelajaran Daerah Sandakan Pn.Wahinim Othman 
menyampaikan hadiah kepada Pasukan SMK Batu Sapi 
kerana mendapat tempat 
Juara Keseluruhan Pertandingan Kawad Kecekapan Kadet Bomba Daerah Sandakan.


Gambar guru-guru bersama pegawai-pegawai bomba daerah sandakan.



SMK Batu Sapi telah mendapat :

Tempat ke-2 Kawad Kaki
Tempat Ke-2 Kemahiran Ikatan dan Simpulan
Tempat Ke-2 Kawad Operasi Berhalangan Kering (Lelaki)
Tempat Pertama Kawad Operasi Berhalangan Kering (Perempuan)
Tempat Ke-3 Brain And Brawn Challenge (Lelaki)
Tempat Ke-3 Brain And Brawn Challenge (Perempuan)

ANDA HEBAT!

PN. PENGETUA PN. HJH NORMAH HJ.HUSIN 
DAN SELURUH WARGA SMK BATU MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOMBA SMK BATU SAPI.

KAMI BANGGA DENGAN ANDA SEMUA.








18 Mac 2013

BACAAN SOLAT DAN MAKSUDNYA

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD 2013

1 dan 2 Februari 2013 - SMK Batu Sapi menghantar 1 pasukan bawah 15 tahun dan 1 pasukan bawah 18 tahun

Pasukan bola sepak bawah 15 tahun bertanding di SK Tinosa, Sandakan.

Pasukan bola sepak bawah 18 tahun bertanding di SMK Tinosa, Sandakan.

Persediaan pasukan untuk pertandingan MSSD.

Latihan pasukan SMK Batu Sapi sebelum pertandingan berlangsung.



KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD 2013

Kejohanan balapan dan padang peringkat MSS Daerah Sandakan dikelolakan oleh SMK Sandakan II. Kejohanan di adakan dikompleks Sukan Sibuga pada 19-21 Feb 2013. 



Pasukan SMK Batu Sapi bersama jurulatih En. Vickly Paul dan Fisioterapi Cik Chan Mei Keng.

Pasukan olehraga sekolah seramai 21 orang pelajar. 4 orang guru yang terlibat cikgu Vicly, Nasir, Chan dan Siti Juriah. 

Pasukan sekolah berjaya mengutip 1 Emas, 1 Perak dan 5 Gangsa. 



16 Mac 2013

AL-FATIHAH KEPADA AL-MARHUM ANAKANDA WAN ZULKHAIRI WAN HAMAT

Pn.Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. husin dan seluruh warga SMK Batu Sapi menyampaikan Salam Takziah kepada En. Wan Zulkhairi sekeluarga di atas pemergian anakanda beliau kepada ZatNya.

Surah Yunus:
Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfa`atan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan (nya).


Surah Azzumar : 
42. Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.


Surah Al Hijr:

99. dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).


Surah  Al Waaqi’ah:
60. Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan.

Surah Al-An'am :

122. Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan.

p/s: En.Wan Zulkhairi merupakan guru pendidikan seni visual di SMK Batu Sapi dan berasal daripada negeri kelantan. Isteri beliau adalah seorang guru di SMK Sandakan, Sandakan.


15 Mac 2013

PERTANDINGAN PESTA PANTUN DAERAH SANDAKAN

14 Mac 2013, berlangsungnya pertandingan Pesta Pantun Peringkat Daerah Sandakan. SMK Batu Sapi antara yang menyertai Pertandigan tersebut. Pertandigan ini di anjurkan oleh SMK Perempuan, Sandakan. Syabas kepada pengelola kerana dapat menganjurkan pertandigan ini dengan baik.


Situasi semasa pertandigan dijalankan. Para pemantun berusaha memberikan 
pantun-pantun yang terbaik.


Johan Pesta Pantun Daerah Sandakan disandang oleh SMK Batu Sapi, Sandakan
Tahniah kepada SMK Batu Sapi. Hadiah disampaikan oleh Pn.Pengetua Pn. Teoh , Pengetua SMK Perempuan. 
Pemantun terbaik Nur Azirah Binti Asri ( 4 Bestari).


Gambar para pemantun dan jurulatih SMK Batu Sapi( JOHAN) bersama 
pemantun SM Sung Siew ( Naib Johan)



Pn. Hjh Normah Hj. Husin bergambar bersama para pemantun dan 
jurulatih  yang terlibat dalam Pertandingan Pesta Pantun 2013.
Jurulatih :
En. Anuar Yasis

Hakim :
En. Japar Separia (G.K Bahasa)
En. Jumriati Binti Armin ( Ketua Panitia Bahasa Malaysia)


Pemantun : 
Hajariah binti Hasamudin (4Aamanah)
Nur Azirah Binti Asri ( 4 Bestari)
Namrah Binti Abdul manaf (4Amanah)
Nur Raisah Binti Mohd Darwis ( 5 Amanah)
Mohd Ashwan Bin Kamarudin ( 4 Amanah)








5 Mac 2013

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA USTAZ ZAMRI TV9



Penyerahan Sijil Penghargaan kepada oleh Pn. Kanan Petang Ustaz Ramli 
kepada Ustaz Zamri.Selebriti TV9 Media Prima. 

Terima kasih Ustaz Zamri Selebriti TV9 kerana sudi hadir ke sekolah kami. 
Jutaan terima kasih kami semua ucapkan.


Jemputan sekolah turut mengundang Imam Hassan basli 
Imam Masjid Taman Indah jaya, Sandakan.

Para pelajar SMK Batu Sapi menndengar ceramah yang di sampaikan 
dengan penuh khusyuk.
Ustaz Zamri sampaikan ceramah dengan penuh semangat.


Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zamri sangat menyentuh hati. 
Ceramah yang sangat berkesan. 

Pn. Pengetua Pn. Hj. Normah Hj.Husin bersama guru-guru turut hadir
 mendengar ceramah yang di sampaikan oleh Ustaz Zamri.




4 Mac 2013

MAJLIS PERPISAHAN JASAMU DIKENANG

 Bertempat di Sabah Hotel, 2 Mac 2013.



Majlis Perpisahan Jasamu dikenang Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Bernadeth De Guzman 
dan Penolong Kanan HEM Pn. Liew Jing Mei di atas perpindahan ke SMK Perempuan Sandakan.



Gambar Pn. Pengetua Pn.Hjh Normah Hj. Husin bersama Pn. Liew Jing Mei (kanan), Pn.Bernadeth De Guzman (kiri) dan Penolong Kanan Kokurikulum En. Awang Tajuddin Ak Arshad (kiri gambar) bersama guru-guru dalam Majlis Perpisahan Jasamu Dikenang.





Pengikut