PANORAMA

MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BATU SAPI SANDAKAN.

MEMBER LIKE

31 Januari 2015

PROGRAM MALAM CINTA RASUL 1436 HIJRAH

31 Januari 2015 - berlangsungnya malam cinta rasul bertempat di dewan sekolah SMK Batu Sapi.      
                            Turut hadir Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin bersama suami Tn. Hj Sani                                     Sahwi Pengetua SMK Merpati Sandakan. Penceramah jemputan malam cinta rasul                                 ialah Al-Fadhil Ustaz Bunyamin Bakri.



Pengerusi majlis malam cinta rasul Al- Fadhil Ustaz Roslan Md. Noh guru agama SMK Batu Sapi


 Penceramah jemputan Ustaz Bunyamin Bakri

Hadith Sahih.           Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Bacalah selawat kepadaku kerana sesungguhnya bacaan selawat kamu semua dapat sampai kepadaku di mana saja kamu berada .
[ Sila rujuk HR Abu Daud, Riyadus Solihin, 1398, Sahih menurut Imam Nawawi ]

Hadith Sahih. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku),melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” 
[Sila rujuk HR Abu Daud dan Ahmad,Riyadus Solihin -1398,Sahih menurut Imam Nawawi ]



Hadith Sahih. Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [Sila rujuk HR An-Nasaie-1271 ]



Tn. Hj. Sani Sahwi , Barisan pentadbir dan guru-guru lelaki SMK Batu Sapi


Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin bersama barisan guru-guru perempuan dalam 
program cinta rasul.


Persembahan nasyid lelaki - Aspura

Persembahan nasyid perempuan - Aspuri

Mari berselawat





selawat nabi


selawat nabi




Ustaz Zulkhairi mengiringi Drs Hamid Abdul Rahmat  dalam peyampaian cenderahati.


Pn. Kanan Pentadbiran Drs Hamid Abdul Rahmat menyampaikan cenderahati kepada
 Ustaz Bunyamin Bakri selaku penceramah jemputan.

Pn. Pengetua Pn. Hjh. Normah Hj. Husin mengucapkan tahniah dan syabas kepada panitia pendidikan islam kerana berjaya mengadakan program malam cinta rasul ini dengan amat baik.
Terima kasih juga kepada guru-guru dan staff SMK Batu Sapi yang hadir dalam memeriahkan lagi program ini.

TAHNIAH!



Pengikut