Khamis, 21 Jan 2016 - Program Bantuan Persekolahan 2016 anjuran Yayasan Ikhlas (YI), Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (I-Guru) dan Etiqa Takaful Berhad.
SMK Batu Sapi antara 3 sekolah yg tepilih di daerah Sandakan selain SMK Perempuan dan MRSM Sandakan. Seramai 47 orang pelajar berusia 14-17 tahun di SMK Batu Sapi terpilih menerima sumbangan berbentuk beg, t-shirt, juzu' Amma dan wang tunai RM50.
Penyerahan disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Ikhlas cawangan Sabah, En. Noorulhazry bin Saimin dan YDP I-Guru, Cikgu Nurul Hidayah bt. Md Saad.
Sebelum ini majlis penyerahan telah dijalankan kepada 200 pelajar di Kudat telah dijalankan
di SMK Kudat II.
Pihak sekolah melahirkan rasa syukur atas pemilihan ini dan berharap akan ada lagi kerjasama antara Yayasan Ikhlas, i-Guru dan pihak sekolah pada tahun hadapan.Diharapkan juga bantuan persekolahan ini akan memberi suntikan semangat untuk pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja di dunia tetapi juga cemerlang di akhirat.
ETIQA DAN I-GURU
Yayasan Ikhlas Cawangan sabah
Pengerusi majlis Cikgu Sitti Rahmah Rolla
Ucapan oleh
Pengerusi Yayasan Ikhlas cawangan Sabah, En. Noorulhazry bin Saimin dan YDP I-Guru
Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin bersama barisan pentadbir turut hadir dalam majlis ini
Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin menyampaikan cenderahati kepada
Cikgu Nurul Hidayah bt. Md Saad selaku wakil muslimah daripada Yayasan Ikhlas cawangan Sabah.
Pengetua Pn. Hjh Normah Hj . Husin dan seluruh warga SMK Batu Sapi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Ikhlas cawangan Sabah kerana dengan berbesar hatinya memberi sumbangan kepada anak-anak didik SMK Batu sapi.
TERIMA KASIH DAN SEKALUNG BUDI