PANORAMA

MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BATU SAPI SANDAKAN.

MEMBER LIKE

6 November 2015

KURSUS PENGURUSAN PANITIA 2015

6 November 2015 - Berlangsungnya Kursus Pengurusan Panitia yang di anjurkan oleh SMK Batu Sapi. Kursus ini disampaikan oleh Pengawai SISC+ PPD Sandakan, En Mazlan Mohamad.


Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin menyampaikan sijil penghargaandan cenderahati kepada  Pengawai SISC+ PPD Sandakan, En Mazlan Mohamad sekalu penceramah jemputan.


Kursus disampaikan oleh  Pengawai SISC+ PPD Sandakan, En Mazlan Mohamad


Slot soaljawab isu berbangkit

Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru yang hadir dalam kursus pengurusan panitia pada kali ini. Semoga kita dapat meningkatkan lagi pengurusan panitia pada tahun 2016 mengikut SOP yang telah ditetapkan dengan lebih cemerlang.







MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH LANTIKAN GURU KANAN BAHASA DAN TEKNIK VOKASIONAL

6 November 2015- Berlangsungnya majlis ringkas penyerahan watikah perlantikan Guru Kanan Bahasa dan Guru Kanan Teknik Vokasional.


Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin menyampaikan watikah / surat tawaran Guru Kanan Bahasa  kepada En. ABdul Rahman Mohd Zain


               Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin menyampaikan watikah / surat tawaran 
                                 Guru Kanan Teknik Vokasional  kepada Pn. Tan Mei Mei

Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin dan warga SMK Batu Sapi mengucapkan syabas dan tahniah kepada En. Abdul Rahman dan Pn. Tan Mei Mei diatas kenaikan pangkat yang diterima.

SYABAS DAN TAHNIAH

30 Oktober 2015

PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA PEPERIKSAAN SPM DAN STPM 2015

30 Oktober 2015 - Program solat hajat perdana sempena peperiksaan SPM dan STPM 2015.


 Al-Fadhil Ustaz Firdaus menyampaikan kafiat solat hajat dan tatacara mengerjakan solat hajat kepada semua pelajar yang hadir.


 Selesai solat hajat 


 Bacaan Yassin oleh Al-Fadhil Ustaz Zulkhairi Saidin




Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin dan guru-guru SMK Batu Sapi mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM dan STPM.

SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG


29 Oktober 2015

PROGRAM BANTUAN KEBAKARAN SMK BATU SAPI UNTUK KG LUPAK MELUAS DARAT.

29 Oktober 2015 - Program bantuan kebakaran untuk mangsa kebakaran daripada Kg. Lupak Meluas Darat. Pihak SMK Batu Sapi telah mengadakan bantuan ikhsan yang merupakan pakaian dan keperluan asas kepada mangsa kebakaran. Penerima adalah keluarga pelajar SMK Batu Sapi yang terlibat.



Cikgu Norismawati mewakili pihak SMK Batu Sapi dalam 
majlis ringkas bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Lupak meluas Darat.




Semoga dengan bantuan daripada guru-guru SMK Batu Sapi ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pihak keluarga mangsa.

TERIMA KASIH WARGA SMK BATU SAPI

MAJLIS ANUGERAH PERKHIMATAN CEMERLANG PERINGKAT PPD SANDAKAN 2014

29 Oktober 2015- Berlangsungnya Anuregah Perkhimatan Cemerlang tahun 2014 bagi Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan. Majlis ini dirasmikan oleh  Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip . Majlis ini berlangsung di dewan SMK Merpati, Sandakan.



Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin bersama barisan guru SMK Batu Sapi yang menerima anugerah perkhimatan cemerlang bagi tahun 2014.


 Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin bersama barisan guru perempuan SMK Batu Sapi yang menerima anugerah khimat cemerlang 2014.


Segak bergaya cikgu Safri, Cikgu Norhisyam dan Cikgu Arafa bersama Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin 

Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin  mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru SMK Batu Sapi yang menerima anugerah perkhimatan cemerlang bagi tahun 2014.

 Semoga dengan anugerah perkhimatan cemerlang ini akan membakar lagi semangat guru-guru ini  untuk berkerja dengan lebih cemerlang dalam memajukan dan menaikkan lagi nama SMK Batu Sapi 
ke peringkat yang lebih tinggi.

SYABAS DAN TAHNIAH

Pengikut