PANORAMA

MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BATU SAPI SANDAKAN.

MEMBER LIKE

8 September 2014

KULIAH MAGRIB MINGGUAN SMK BATU SAPI : MELEBUR TAKBUR DALAM DIRI

 6 September 2014 - Kuliah agama mingguan di surau SMK Batu Sapi Oleh Al- fadhil Ustaz Roslan
                                 Mohd Noh



Ringkasan daripada kuliah Al-fadhil Ustaz Roslan Mohd Noh

Tajuk: Melebur Takbur Dalam Diri.

Takbur berasal daripada perkataan Arab 'Takabarra' yang bermaksud 'Sombong'. Sikap takbur ini merupakan ibu segala sifat mazmumah. Sikap takbur lah kita menjadi insan yang pemarah, hasad dengki, ujub, riak dan suma'ah. 

Rasulullah SAW mengatakan perkara ini adalah SYIRIK KECIL. Setiap insan yg bernama manusia pasti akan ada sifat takbur ini. Makhluk pertama yang bersifat takbur adalah Iblis Laknatullah yg enggan tunduk hormat kpd Nabi Adam a.s atas perintah Allah. Manusia pertama melakukan pembunuhan kerana sifat takbur apabila Qabil membunuh saudaranya Habil kerana merasakan diri lebih baik. 

Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada sifat Takbur ini.






Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin menjemput seluruh warga SMK Batu Sapi untuk hadir ke kuliah-kuliah magrib yang dijalankan pada setiap minggu di surau SMK Batu Sapi.

 Tentatif Kuliah Maghrib:

4 kali seminggu
Selasa : Ustaz Mohd Ramli Bin Yahya.
Khamis : Ustaz Zulkhairi Saidin
Jumaat: Ustaz Mohd Masseri Mat Rani
Sabtu :Ustaz Roslan Mohd Noh

1 ulasan:

daniel berkata...

Wah admin blog ini memuatkan berita semasa yg jitu tepat dn cepat..tahniah admin

Pengikut