21 Oktober 2014 - Berlangsungnya jamuan akhir tahun bagi kelas 5 Inovatif. Jamuan akhir ini di
anjurankan sendiri oleh guru kelas 5 Inovatif iaitu Cikgu Shim Hui Chyen bersama
pelajar- pelajar 5 Inovatif. Jamuan ini bertempat di Sanbay Hotel, Sandakan. Turut
memeriahkan lagi majlis ini ialah Ketua Bidang Bahasa En. Japar Separia selaku
guru subjek Bahasa Malaysia, Ketua bidang Sains & Metamatik Cikgu Mirawati
Abdul Aziz dan Cikgu Mohd Shukor selaku guru subjek Matematik. Slot motivasi
oleh Cikgu Japar Separia dan Cikgu Mohd Shukor
Cikgu Shim bersama cikgu Mirawati
Menu yang dipilih oleh pelajar 5 Inovatif
Menu masakan Kari Ikan Special Claypot Sanbay
Menu Kambing Arabic Claypot Style
Slot Motivasi oleh Cikgu Japar Separia. Tajuk ' BIJAK BERTINDAK'
Cikgu Japar Separia
Ucapan dan nasihat terakhir daripada Cikgu Shim Hui Chyen untuk anak didik tercinta.
Kegembiraan terpancar diwajah
Tahniah dan syabas kepada Cikgu Shim dan pelajar-pelajar 5 Inovatif kerana berjaya mengadakan jamuan akhir tahun 5 Inovatif di Sanbay Hotel dan merupakan satu-satu kelas di SMK Batu Sapi berjaya mengadakan jamuan di hotel yang bertaraf 3 bintang bagi tahun 2014.