PANORAMA

MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BATU SAPI SANDAKAN.

MEMBER LIKE

5 Februari 2015

PROGRAM CERAMAH DAN SUNTIKAN HPV 2015

4 Februari 2014 - Program Ceramah dan suntikan HPV bagi pelajar Pra-Universiti dan guru-guru.                                      Program ini adalah kerjasama oleh pentadbiran Pra- universiti dan
                             Hospital Duchess Of Kent , Sandakan. Ceramah di adakah dimakmal ICT SMK                                    Batu Sapi, Sandakan.


Pengawai kesihatan daripada hospital Duchess of Kent, Sandakan

Edaran maklumat berkaitan HPV

HPV Adalah sejenis virus DNA yang menjangkiti lapisan dalam kulit dan selaput mukosa (mucous membranes). Terdapat lebih dari 100 jenis HPV, walaubagaimanapun, sebanyak 13 jenis daripadanya dikenali sebagai HPV berisiko tinggi, yang berkait rapat dengan kejadian kanser serviks, vagina, anogenital, penis, vulva dan leher.
HPV adalah penyebab utama kanser servik. Kanser ini terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.

Bagaimana HPV boleh menjangkiti seseorang?

Virus HPV boleh berjangkit terutamanya melalui hubungan seksual dan sentuhan antara kulit di kawasan genital. Seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HPV sekiranya:-
  • Hubungan seksual bermula di awal remaja
  • Mempunyai pasangan seks yang ramai
  • Pernah dijangkiti penyakit-penyakit kelamin
Apakah Penyakit yang disebabkan oleh jangkitan HPV?
Jangkitan virus ini boleh menyebabkan ketuat pada kawasan anogenital, kanser serviks, vulva, vagina, anus dan penis. Ini bergantung kepada jenis HPV yang menjangkiti individu tersebut.
Jangkitan HPV jenis 16 dan 18 adalah penyebab kepada 70 peratus dari kejadian kanser serviks. Manakala ketuat anogenital dikaitkan kepada jangkitan HPV jenis 6 dan 11.


Pen. Kanan Pra - Universiti En. Anthony turut sama hadir dalam ceramah kesihatan buat kali ini


Mencegah itu lebih baik daripada memgubati.
Amalankan gaya hidup sihat.


Tiada ulasan:

Pengikut