14 Julai 2015 - Berlangsung program Usrah yang dikelolakan oleh Al-fadhil Ustaz Roslan Mohd Noh dan pelajar-pelajar Usrah SMK Batu Sapi Bertempat di Surau SMK Batu Sapi, Sandakan
Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga.
Dari segi istilah, usrah bermaksud kumpulan individu muslim (afradul muslimin) yang beriman dengan Allah S.W.T. berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan firman Allah Ta’ala
Maksudnya: “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).
(Al-Maaidah : 2)
PERANAN USRAH
Tempat untuk menyampaikan dan mendapatkan ilmu.
- Dapat membincang dan menyelesaikan mengenai sesuatu masalah yang timbul.
- Melahirkan sifat tolong menolong apabila terdapat ahli usrah ditimpa kesusahan.
- Membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islam dan terjalin dengan suatu ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah).
Wajah-wajah cermerlang
Penceramah :
Brother Jordan @ Mohd. Helmi Gerald Francis.
(Mantan Ketua Pemuda Mubaligh Kristian Anglikan)
Penuntut Kolej Al-Hadis.
Ringkasan Tazkirah catatan oleh Al-Fadhil Ustaz Roslan Mohd Noh
Tazkirah 27 Ramadhan 1436H.
10 Malam Terakhir Ramadhan.
Perginya Ramadhan ditangisi bukan bergembira. Syaitan semakin gembira kerana tidak lama dibebaskan. Pada bulan2 lain kita bertarung dengan nafsu dan syaitan. Dalam bulan Ramadhan kita hanya menentang nafsu sendiri. Cara menghalang nafsu dengan menahan lapar dan dahaga. 10 Malam Terakhir ini kita perlu beritikaf di masjid. Menurut Imam Nawawi r.a dlm Himpunan karangan Al Azhar. Masa kita tidur roh akan keluar dan sujud tidak bhenti di sisi kita sehingga kita bangun, maka itu sebab perlunya berwuduk.
Banyak amalan yang boleh dilakukan menghidupkan malam Lailatul Qadar.
Berlaku malam2 ganjil menurut ulama. Allah sembunyikan 7 perkara, antaranya:
1. Doa Makbul waktu Jumaat dan waktu Berbuka Puasa.
2. NamaNya yang Agung dlm 99 Nama.
Kisah nya memeluk Islam. Bermula dengan kosong, semua masih tidak diketahui malah sgt jahil dlm agama Islam. Hanya pahala akan menjadi harta kita di akhirat kelak. Kisah memeluk Islam pada mulanya suka berdebat dan berdakyah ingin menarik Islam krn terpikat dgn akhlak ustaz Ahmad Supu. PK KoKum Sm St. Mary. Memeluk Islam secara sembunyi dan byk tentangan drpd keluarga. Di halau oleh kluarga dn tggl kdg2 menetap di masjid. Akhirnya kwn2 Islam juga byk mbantu. Berusrahlah.
Brother Jordan @ Mohd. Helmi Gerald Francis.
Pn. Pengetua Pn. Hajah Normah Hj. Husin mengucapkan tahniah kepada panitia pendidikan islam kerana aktif mengadakan program-program keagamaan untuk warga SMK Batu Sapi. Semoga usaha ini sentiasa berterusan dalam usaha membimbing pelajar-pelajar kita ke arah kemenjadian murid yang cemerlang dan berakhlak mulia.
SYABAS DAN TAHNIAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan