PANORAMA

MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BATU SAPI SANDAKAN.

MEMBER LIKE

1 Ogos 2015

PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA DAERAH SANDAKAN KALI KE-31

30 Julai 2015- SMK  Batu Sapi telah menghantar wakil ke pertandingan Pidato Piala Diraja peringkat Daerah Sandakan 2015. Pertandingan ini telah diadakan di Smk Perempuan Sandakan dengan Kerjasama PPD sandakan. Pertandingan ini dilaksanakan bagi mencungkil bakat-bakat pelajar dalam bidang pengucapan awam disamping melontarkan isi dan idea secara spontan dalam bidang pengucapan awam. Pertandingan ini melibatkan 14 buah sekolah yang menghantar penyertaan di daerah sandakan.  


      SMK Batu Sapi diwakili oleh pelajar Nur Izzah Aleezza Binti Sapri dari kelas 4Sains, dan berjaya Mendapat tempat KETIGA dalam pertandingan tersebut dengan menewaskan 11 Peserta dari sekolah   
                         lain. Wakil smk Batu sapi telah menyampaikan pidato yang bertajuk 
                          'KEUTUHAN PERPADUAN KUNCI KESTABILAN NEGARA'.

Pn. Pengetua SMK Perempuan menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada

 Nur Izzah Aleezza Binti Sapri 

Tempat Ketiga 
Pidato Piala Diraja Daerah Sandakan 2015


                  Wakil SMK Batu Sapi telah dilatih oleh Cikgu Johari dan Cikgu Norismawati 



                                       Guru pengiring pada pertandingan ini ialah Cikgu Johari. 

Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin mengucapkan Sekalung penghargaan kepada Panitia Bahasa Melayu kerana  memberikan galakan yang tinggi dalam memastikan keterlibatan dan kecemerlangan pelajar dalam  pertandingan ini.

SYABAS DAN TAHNIAH


Tiada ulasan:

Pengikut