16 Oktober 2015- Berlangsungnya program kursus haji untuk para pelajar dan guru. Kursus bertempat di Surau SMK Batu Sapi.
Haji:
Ia adalah rukun kelima dari rukun-rukun asas Islam dan ia mempunyai keistimewaan dengan menghimpunkan kesemua rukun-rukun yang lain.
Pengertiannya dari sudut bahasa:
Menuju kepada Allah Yang Maha Agung.
Pengertiannya dari sudut istilah syarak:
Menziarahi tempat-tempat tertentu pada masa-masa tertentu dengan melakukan pekerjaan-pekerjaan tertentu.
Kelebihan Haji:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
(Sesiapa yang mengerjakan Haji dan dia tidak mencampuri isterinya serta tidak melakukan maksiat, dia akan kembali sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya).
Ceramah kaedah mengerjakan haji oleh Al-Fadhil Ustaz Hj. Ibrahim Harun
Ustazah Marliah, Ustazah Alina dan Ustaz Roslan
Rukun haji
Kaedah Talbiah
Praktikal mengerjakan haji bagi jemaah lelaki dan perempuan
Ustaz Firdaus dan Ustaz Ramli sedang membuat persiapan untuk pelajar praktikal haji
Model Kaabah dan kedudukan sebenar di Masjidilharam
Kedudukan pintu Kaabah
Kedudukan Maqam Ibrahim
Syarat-syarat Wajib Mengerjakan Haji:
|
|
|
لَبَّيْكَ اللهُمَّ حَجًّا
Artinya :
Ya Allah, kupenuhi panggilan-Mu untuk berhaji.
Ya Allah, kupenuhi panggilan-Mu untuk berhaji.
Ustaz Roslan juga turut membantu pelajar dalam kursus haji
لَبَّيْكَ اللهُمَّ حَجًّا
Artinya :
Ya Allah, kupenuhi panggilan-Mu untuk berhaji.
Ya Allah, kupenuhi panggilan-Mu untuk berhaji.
Cara-cara Mengerjakan Ibadat Haji:
Ia terdiri dari tiga cara iaitu:
1- Ifrad: Iaitu berniat Haji sahaja.
2- Tamattu': Iaitu berniat Umrah terlebih dahulu (iaitu dia berihram Umrah dari miqat yang ditetapkan untuk negerinya kemudian dia bertahallul dari ihram tersebut seterusnya berihram untuk Haji dari Mekah).
Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru panitia pendidikan islam kerana telah berjaya mengadakan program kursus haji dengan sangat baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan