PANORAMA

MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BATU SAPI SANDAKAN.

MEMBER LIKE

18 Mac 2013

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD 2013

Kejohanan balapan dan padang peringkat MSS Daerah Sandakan dikelolakan oleh SMK Sandakan II. Kejohanan di adakan dikompleks Sukan Sibuga pada 19-21 Feb 2013. 



Pasukan SMK Batu Sapi bersama jurulatih En. Vickly Paul dan Fisioterapi Cik Chan Mei Keng.

Pasukan olehraga sekolah seramai 21 orang pelajar. 4 orang guru yang terlibat cikgu Vicly, Nasir, Chan dan Siti Juriah. 

Pasukan sekolah berjaya mengutip 1 Emas, 1 Perak dan 5 Gangsa. 



16 Mac 2013

AL-FATIHAH KEPADA AL-MARHUM ANAKANDA WAN ZULKHAIRI WAN HAMAT

Pn.Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. husin dan seluruh warga SMK Batu Sapi menyampaikan Salam Takziah kepada En. Wan Zulkhairi sekeluarga di atas pemergian anakanda beliau kepada ZatNya.

Surah Yunus:
Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfa`atan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan (nya).


Surah Azzumar : 
42. Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.


Surah Al Hijr:

99. dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).


Surah  Al Waaqi’ah:
60. Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan.

Surah Al-An'am :

122. Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan.

p/s: En.Wan Zulkhairi merupakan guru pendidikan seni visual di SMK Batu Sapi dan berasal daripada negeri kelantan. Isteri beliau adalah seorang guru di SMK Sandakan, Sandakan.


15 Mac 2013

PERTANDINGAN PESTA PANTUN DAERAH SANDAKAN

14 Mac 2013, berlangsungnya pertandingan Pesta Pantun Peringkat Daerah Sandakan. SMK Batu Sapi antara yang menyertai Pertandigan tersebut. Pertandigan ini di anjurkan oleh SMK Perempuan, Sandakan. Syabas kepada pengelola kerana dapat menganjurkan pertandigan ini dengan baik.


Situasi semasa pertandigan dijalankan. Para pemantun berusaha memberikan 
pantun-pantun yang terbaik.


Johan Pesta Pantun Daerah Sandakan disandang oleh SMK Batu Sapi, Sandakan
Tahniah kepada SMK Batu Sapi. Hadiah disampaikan oleh Pn.Pengetua Pn. Teoh , Pengetua SMK Perempuan. 
Pemantun terbaik Nur Azirah Binti Asri ( 4 Bestari).


Gambar para pemantun dan jurulatih SMK Batu Sapi( JOHAN) bersama 
pemantun SM Sung Siew ( Naib Johan)



Pn. Hjh Normah Hj. Husin bergambar bersama para pemantun dan 
jurulatih  yang terlibat dalam Pertandingan Pesta Pantun 2013.
Jurulatih :
En. Anuar Yasis

Hakim :
En. Japar Separia (G.K Bahasa)
En. Jumriati Binti Armin ( Ketua Panitia Bahasa Malaysia)


Pemantun : 
Hajariah binti Hasamudin (4Aamanah)
Nur Azirah Binti Asri ( 4 Bestari)
Namrah Binti Abdul manaf (4Amanah)
Nur Raisah Binti Mohd Darwis ( 5 Amanah)
Mohd Ashwan Bin Kamarudin ( 4 Amanah)








5 Mac 2013

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA USTAZ ZAMRI TV9



Penyerahan Sijil Penghargaan kepada oleh Pn. Kanan Petang Ustaz Ramli 
kepada Ustaz Zamri.Selebriti TV9 Media Prima. 

Terima kasih Ustaz Zamri Selebriti TV9 kerana sudi hadir ke sekolah kami. 
Jutaan terima kasih kami semua ucapkan.


Jemputan sekolah turut mengundang Imam Hassan basli 
Imam Masjid Taman Indah jaya, Sandakan.

Para pelajar SMK Batu Sapi menndengar ceramah yang di sampaikan 
dengan penuh khusyuk.
Ustaz Zamri sampaikan ceramah dengan penuh semangat.


Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zamri sangat menyentuh hati. 
Ceramah yang sangat berkesan. 

Pn. Pengetua Pn. Hj. Normah Hj.Husin bersama guru-guru turut hadir
 mendengar ceramah yang di sampaikan oleh Ustaz Zamri.




4 Mac 2013

MAJLIS PERPISAHAN JASAMU DIKENANG

 Bertempat di Sabah Hotel, 2 Mac 2013.



Majlis Perpisahan Jasamu dikenang Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Bernadeth De Guzman 
dan Penolong Kanan HEM Pn. Liew Jing Mei di atas perpindahan ke SMK Perempuan Sandakan.



Gambar Pn. Pengetua Pn.Hjh Normah Hj. Husin bersama Pn. Liew Jing Mei (kanan), Pn.Bernadeth De Guzman (kiri) dan Penolong Kanan Kokurikulum En. Awang Tajuddin Ak Arshad (kiri gambar) bersama guru-guru dalam Majlis Perpisahan Jasamu Dikenang.





Pengikut