PANORAMA

MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BATU SAPI SANDAKAN.

MEMBER LIKE

10 Februari 2015

PERTANDINGAN NILAM PERINGKAT SANDAKAN 2015

10 February 2015 - Berlangsungnya Anugerah Nilam Peringkat daerah Sandakan bertempat di SMK
                                Elopura II Sandakan.

Pemenang Anugerah Nilam 2015


 Sesi taklimat kepada para hakim Nilam.
Cikgu Fazidah Abdul Pirus 
- Hakim Penulisan BI Sek. Menengah
-Hakim Persembahan BI Sek. Rendah

Cikgu Khadizah kadir
- Guru Pengiring
- Hakim Persembahan BM Sek. Men

Pengawai Pendidikan Daearh Sandakan Tuan Hj. Sharif Mahad Sharif Attar menyampaikan hadiah kepada Adik Asmawi Bin Omar  daripada SMK Batu Sapi selaku Johan Bahasa Enggeris kategori Sekolah Menengah Luar bandar.


 Pengawai Pendidikan Daearh Sandakan Tuan Hj. Sharif Mahad Sharif Attar menyampaikan hadiah      
     kepada adik Azfarain daripada SMK Batu Sapi selaku Johan Bahasa Melayu kategori Sekolah 
                                                          Menengah Luar bandar.

                                          Johan Bahasa Melayu kategori Sekolah Menengah  
                                                                      Luar bandar.
Azfarai binti Azman -5Amanah 

                              Johan Bahasa Enggeris kategori Sekolah Menengah Luar bandar.
                                                     Asmawi Bin Omar - 5Amanah



Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin mengucapkan tahniah kepada para pemenang kerana telah mendapat Johan bagi Anuregah Nilam Peringkat Sandakan. Tahniah juga kepada cikgu Fazidah dan Cikgu Khadizah diatas usaha anda yang bersungguh-sungguh dalam menaikkan lagi nama SMK Batu Sapi.

SYABAS DAN TAHNIAH

9 Februari 2015

MAJLIS PERLANTIKAN KETUA PENGAWAS 2015

9 Februari 2015 - Berlangsungnya perlantikan Ketua Pengawas bagi sesi 2015 .



 Majlis perlantikan ketua Pengawas ini disempurnakan oleh Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin. 

Proses pencalonan adalah dengan pihak Hal Ehwal Pelajar menamakan 2 orang calon iaitu
Adik Mohd Azreen Amirul 5 Cekal dan Mohd Azri Azmi 5 Bestari . Undian telah laksanakan secara demokrasi dengan ke semua pelajar terlibat dalam undian tersebut.

Keputusan undian penuh setelah ditolak undi rosak ialah :

MOHD AZRI BIN AZMI 5 BESTARI  - 2150 UNDIAN
MOHD AZREEN AMIRUL 5 CEKAL -  1983 UNDIAN

Dengan ini adalah di umumkan Ketua Pengawas Bagi Sesi 2015 disandang oleh

MOHD AZRI BIN AZMI   -  5 BESTARI


Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Adik Mohd Azri Azmi kerana terpilih sebagai Ketua Pengawas Sesi 2015. 
Tahniah juga kepada Cikgu Rosmaini guru pengawas, Cikgu Chan Setiausaha Displin dan Cikgu Abdul Rahman Md Zain selaku Ketua Guru Disiplin selaku pengelola bagi  Pusat Undian berpusat yang berjalan dengan lancar mengikut masa yang ditetapkan. 

Semoga Tahun 2015 kita dapat memperkasakan lagi disiplin para pelajar dengan lebih baik dan berkualiti.




8 Februari 2015

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD SANDAKAN 2015


7-8 Februari 2015 - Berlangsungnya Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sandakan 2015. Kejohanan  
                                berlangsung SMK Tinosa, Sandakan.

Pusing pertama

Pusing kedua

Separuh akhir

 SMK Batu Sapi mendapat tempat ke- 3 dalam Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sandakan 2015.

 Pasukan Takraw SMK Batu Sapi terdiri daripada;
PENGURUS PASUKAN :
-CIKGU HISYAM

JURULATIH PASUKAN:
-CIKGU SAFRI

PEMAIN:
1)  MOHD ABDUL IZLAN BIN AHMAD - 2GEMILANG
2)  SAHARUDIN BIN WAHAB - 2 GEMILANG
3) NAZLI BIN MOHD ALI - 2 FIKIR
4) MOHD SAZLIN BIN ROSLIN - 2 FIKIR

Pengurus pasukan SMK Batu Sapi Cikgu Hisyam bergambar kenangan bersama para pemain.


Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin mengucapkan tahniah kepada Pasukan Sepak Takraw SMK Batu Sapi kerana telah berjaya sampai ke peringkat separuh akhir dan berjaya mendapat tempat ketiga. Semoga pada tahun hadapan pasukan Sepak Takraw SMK Batu Sapi akan beroleh kejayaan dengan lebih cemerlang lagi. Tahniah juga kepada pengurus pasukan dan jurulatih di atas kejayaan ini.
Semoga Unit Ko- Kurikulum akan lebih cemerlang pada tahun 2015.

TAHNIAH


5 Februari 2015

PROGRAM CERAMAH DAN SUNTIKAN HPV 2015

4 Februari 2014 - Program Ceramah dan suntikan HPV bagi pelajar Pra-Universiti dan guru-guru.                                      Program ini adalah kerjasama oleh pentadbiran Pra- universiti dan
                             Hospital Duchess Of Kent , Sandakan. Ceramah di adakah dimakmal ICT SMK                                    Batu Sapi, Sandakan.


Pengawai kesihatan daripada hospital Duchess of Kent, Sandakan

Edaran maklumat berkaitan HPV

HPV Adalah sejenis virus DNA yang menjangkiti lapisan dalam kulit dan selaput mukosa (mucous membranes). Terdapat lebih dari 100 jenis HPV, walaubagaimanapun, sebanyak 13 jenis daripadanya dikenali sebagai HPV berisiko tinggi, yang berkait rapat dengan kejadian kanser serviks, vagina, anogenital, penis, vulva dan leher.
HPV adalah penyebab utama kanser servik. Kanser ini terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.

Bagaimana HPV boleh menjangkiti seseorang?

Virus HPV boleh berjangkit terutamanya melalui hubungan seksual dan sentuhan antara kulit di kawasan genital. Seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HPV sekiranya:-
  • Hubungan seksual bermula di awal remaja
  • Mempunyai pasangan seks yang ramai
  • Pernah dijangkiti penyakit-penyakit kelamin
Apakah Penyakit yang disebabkan oleh jangkitan HPV?
Jangkitan virus ini boleh menyebabkan ketuat pada kawasan anogenital, kanser serviks, vulva, vagina, anus dan penis. Ini bergantung kepada jenis HPV yang menjangkiti individu tersebut.
Jangkitan HPV jenis 16 dan 18 adalah penyebab kepada 70 peratus dari kejadian kanser serviks. Manakala ketuat anogenital dikaitkan kepada jangkitan HPV jenis 6 dan 11.


Pen. Kanan Pra - Universiti En. Anthony turut sama hadir dalam ceramah kesihatan buat kali ini


Mencegah itu lebih baik daripada memgubati.
Amalankan gaya hidup sihat.


4 Februari 2015

PERJUMPAAN KO-KURIKULUM MINGGUAN UNIT BERUNIFORM

4 Februari 2015 - Perjumpaan mingguan unit berunifrom. Penyelaras yang bertugas Cikgu Jaini

 Unit Teakwondo

 Unit St. John

 Unit Pengakap

Antara guru-guru unit yang sedang bertugas

Pengikut