PANORAMA

MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BATU SAPI SANDAKAN.

MEMBER LIKE

14 Julai 2015

MAJLIS SALAM MESRA AIDILFITRI 2015

14 Julai 2015 - Majlis salam mesra mengerat ikatan silaturrahim antara pelajar dengan guru. Semua pelajar bersalaman dengan guru meminta ampun dan maaf sempena sambutan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang tiba. 


Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah HJ. Husin bersama  barisan guru-guru perempuan bersalaman dengan pelajar-pelajar perempuan.



Kasih ibu tiada gantinya


Kasih bapa tiada tandingnya


Guru-guru lelaki berbaris bersalaman dengan pelajar-pelajar lelaki 

Sekitar Majlis


Barisan guru lelaki- Ceria sentiasa dalam susah senang bersama mencapai kecermerlangan SMK Batu Sapi.


Wajah ceria jurugambar SMK Batu Sapi

Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin dan seluruh warga guru SMK Batu Sapi megucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua pelajar SMK Batu Sapi.

SEMOGA HARI RAYA AIDILFITRI KALI INI LEBIH BERMAKNA UNTUK KITA SEMUA.

SELAMAT BERCUTI


MAJLIS SUMBANG BERAS UNTUK PELAJAR MISKIN SMK BATU SAPI 2015

14 Julai 2015 - berlangsungnya majlis sumbangan beras dan keperluan harian kepada pelajar-pelajar miskin. Sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada warga guru dan aks SMK Batu Sapi.


Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin memberi ucapan kata alu-aluan sempena majlis ini.


Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin menyampaikan sumbangan beras dan keperluan harian kepada ibubapa pelajar yang hadir.


Pen. Kanan Kokurikulum En. Awang Tajudin Ak. Arshad turut sama menyampaikan sumbangan beras dan keperluan harian kepada ibupaba pelajar yang hadir.

Pen. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin mengucapkan jutaan terima  kepada guru-guru dan aks , kerana dengan sumbangan anda semua kita sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar kita yang kurang berkemampuan. Semoga usaha murni ini kita dapat teruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.






MAJLIS SUMBANGAN DUIT ZAKAT SMK BATU SAPI 2015

14 Julai 2015- Berlangsungnya Majlis sumbang wang zakat kepada pelajar -pelajar yang layak.


Sumbang wang zakat ini disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Ajirul bin Kaiyong kepada penerima yang layak sempena Hari Raya AidilFitri yang akan menjelang tiba.


Zakat adalah salah satu di antara rukun Islam yang lima. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسَةٍ عَلَى أَنْ يُوَحَّدَ اللَّهَ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَصِيَامِ رَمَضَانَ وَالْحَجِّ
“Islam dibangun di atas lima dasar; Mentauhidkan Allah (bersyahadat Laailaahaillallah dan Muhammad Rasulullah), mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan berangkat Haji.” (HR. Muslim)

Hikmah Zakat

Zakat memiliki banyak hikmah, di antaranya adalah membersihkan jiwa dari sifat bakhil dan tamak, membantu kaum fakir dan agar harta tidak hanya beredar di kalangan orang-orang kaya saja.

MAJLIS TADARUS AL-QURAN RAMADHAN 1436HIJRAH/2015

14 Julai 2015 - berlangsungnya Majlis Tadarus Al-Quran 1436 Hijrah sempena Bulan Ramadhan 1436H. Majlis ini berlangsung di tapak perhimpunan SMK Batu Sapi.

Majlis tadarus ini dibaca oleh para pelajar daripada setiap tingkatan yang dipimpin oleh AL-Fadhil Ustaz Firdaus, Ustaz Zulkhairi dan Ustaz Roslan.

“Tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah – mereka membaca kitab Allah dan bertadarus di antara mereka – melainkan turun kepada mereka ketenangan, diliputi dengan limpahan rahmat, dilingkungi oleh para malaikat dan dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya.” (Hadis riwayat Abi Daud).


Pemandangan sekira permulaan Majlis Al-Quran

Pn. Pengetua  Pn. Hjh Normah Hj. Husin mengucapkan tahniah kepada warga guru SMK Batu Sapi kerana berjaya melaksakan tadarus mengikut kumpulan masing-masing sepanjang sebulan ramadhan 1436hijrah ini. Semoga ALLAH S.W.T memberi Rahmat dan  kepada kita semua.










PROGRAM USRAH OLEH BROTHER JORDAN 'PANCARAN NUR QALBU'

14 Julai 2015 - Berlangsung program Usrah yang dikelolakan oleh Al-fadhil Ustaz Roslan Mohd Noh dan pelajar-pelajar Usrah SMK Batu Sapi Bertempat di Surau SMK Batu Sapi, Sandakan

Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga.

Dari segi istilah, usrah bermaksud kumpulan individu muslim (afradul muslimin) yang beriman dengan Allah S.W.T. berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan firman Allah Ta’ala

Maksudnya: “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).
(Al-Maaidah : 2)
PERANAN USRAH
  
Tempat untuk menyampaikan dan mendapatkan ilmu.
  • Dapat membincang dan menyelesaikan mengenai sesuatu masalah yang timbul.
  • Melahirkan sifat tolong menolong apabila terdapat ahli usrah ditimpa kesusahan.
  • Membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islam dan terjalin dengan suatu ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah).

Wajah-wajah cermerlang

Penceramah :  
Brother Jordan @ Mohd. Helmi Gerald Francis.
(Mantan Ketua Pemuda Mubaligh Kristian Anglikan)
Penuntut Kolej Al-Hadis.



 Ringkasan Tazkirah catatan oleh Al-Fadhil Ustaz Roslan Mohd Noh
Tazkirah 27 Ramadhan 1436H.
10 Malam Terakhir Ramadhan.

Perginya Ramadhan ditangisi bukan bergembira. Syaitan semakin gembira kerana tidak lama dibebaskan. Pada bulan2 lain kita bertarung dengan nafsu dan syaitan. Dalam bulan Ramadhan kita hanya menentang nafsu sendiri. Cara menghalang nafsu dengan menahan lapar dan dahaga. 10 Malam Terakhir ini kita perlu beritikaf di masjid. Menurut Imam Nawawi r.a dlm Himpunan karangan Al Azhar. Masa kita tidur roh akan keluar dan sujud tidak bhenti di sisi kita sehingga kita bangun, maka itu sebab perlunya berwuduk.

Banyak amalan yang boleh dilakukan menghidupkan malam Lailatul Qadar. 
Berlaku malam2 ganjil menurut ulama. Allah sembunyikan 7 perkara, antaranya:
1. Doa Makbul waktu Jumaat dan waktu Berbuka Puasa.
2. NamaNya yang Agung dlm 99 Nama.

Kisah nya memeluk Islam. Bermula dengan kosong, semua masih tidak diketahui malah sgt jahil dlm agama Islam. Hanya pahala akan menjadi harta kita di akhirat kelak. Kisah memeluk Islam pada mulanya suka berdebat dan berdakyah ingin menarik Islam krn terpikat dgn akhlak ustaz Ahmad Supu. PK KoKum Sm St. Mary. Memeluk Islam secara sembunyi dan byk tentangan drpd keluarga. Di halau oleh kluarga dn tggl kdg2 menetap di masjid. Akhirnya kwn2 Islam juga byk mbantu. Berusrahlah.



 Brother Jordan @ Mohd. Helmi Gerald Francis.

Pn. Pengetua Pn. Hajah Normah Hj. Husin mengucapkan tahniah kepada panitia pendidikan islam kerana aktif mengadakan program-program keagamaan untuk warga SMK Batu Sapi. Semoga usaha ini sentiasa berterusan dalam usaha membimbing pelajar-pelajar kita ke arah kemenjadian murid yang cemerlang dan berakhlak mulia.

SYABAS DAN TAHNIAH

Pengikut