PANORAMA

MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BATU SAPI SANDAKAN.

MEMBER LIKE

27 April 2013

PROGRAM LAMBAIAN KAABAH 2013

16 Jamadil Akhir 1434 H / 27 April 2013 berlangsungnya Program Lambaian Kaabah
Tempat         : Dewan Tunku Abdul Rahman dan Tapak Perhimpunan SMKBS
Anjuran        : Panitia Pendidikan Islam SMKBS.
Peserta          : Pelajar Tingkatan 4 dan 5


Pengertian Haji dan Umrah

Haji secara etimologi adalah berkunjung. Adapun secara terminologi adalah mengunjungi Baitul Haram dengan amalan tertentu, pada waktu  tertentu.
Adapun umrah secara etimologi adalah berkunjung. Sedangkan secara terminologi adalah mengunjungi Baitul Haram dengan amalan tertentu.


Ceramah disampaikan oleh Tuan Haji Norki Bin Rasna selaku wakil pengawai Tabung Haji.

P. Kanan Petang Ustaz Ramli turut juga memberi ceramah berkaitan Fardhu Haji.
Ketua Panitia Pendidikan Islam Ustazah Salina membuat persiapan kain Ihram untuk pelajar lelaki.

Para pelajar lelaki penuh semangat untuk belajar cara memakai kain Ihram.


Hadis riwayat Ibnu Umar ra.: 

Bahwa seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw. tentang pakaian yang boleh dikenakan oleh orang yang sedang berihram? Rasulullah saw. bersabda: Janganlah kalian mengenakan baju, kain serban, celana, tutup kepala dan sarung kaki kulit, kecuali bagi orang yang memang tidak memiliki sandal, maka ia boleh memakai sarung kaki tersebut dengan syarat ia harus memotongnya sampai di bawah mata kaki. Juga jangan memakai pakaian apapun yang dicelup dengan 
minyak za`faran dan wares 
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 2012


Persediaan model Kaabah oleh Ustaz Maseri  dan Ustaz Nasir bersama pelajar - pelajar. 

Para pelajar bergerak untuk ke kawasan Tawaf di Kaabah.

Para pelajar bertawaf yang di ketuai oleh Ustaz Zulkhairi Saidin dan Ustaz Hanif.


Para pelajar perempuan bertawaf bersama Ustazah Salina dan guru-guru.

Bergemalah satu alam dengan lafaz..

:لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ ,  لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ ,  إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ ,  لاَ شَرِيْكَ لَكَ 


:لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ ,  لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ ,  إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ ,  لاَ شَرِيْكَ لَكَ


:لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ ,  لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ ,  إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ ,  لاَ شَرِيْكَ لَكَ

PRATIKAL WAJIB HAJI - MELONTAR JAMRAH AL'AQABAH

WAKTU AFDAL
Pada waktu DUHA 10 ZULHIJJAH
 
WAKTU DIHARUSKAN
Selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah



SYARAT-SYARAT MELONTAR
Hendaklah Melontar dengan 7 biji anak batu pada tiap-tiap Jamrah
Hendaklah Melontar dengan tertib dimulai dari Jamratul Ula, kemudian Jamratul Wusta dan di akhiri di Jamratul Aqabah
Hendaklah Melontar tidak terpesong daripada tujuan lain
Hendaklah Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya
Hendaklah batu lontaran masuk ke dalam takungan Jamarat dengan yakin
Hendaklah Melontar dengan gaya melontar
Hendaklah Melontar dengan tangan
Tertib hari Melontar, bermakna tidak sah Melontar pada hari ke-11, melainkan setelah Melontar Jamratul Aqabah dan tidak sah Melontar hari ke-12, melainkan sudah Melontar bagi hari ke-11. Begitu juga tidak sah Melontar untuk hari ke-13 kecuali setelah Melontar untuk hari ke-12
Dilarang Melontar untuk orang lain kecuali setelah Melontar ketiga-tiga Jamarat untuk dirinya sendiri

Pn. Hj. Normah Hj. Husin bersama guru-guru turut sama menyaksikan pratikal 
yang dilakukan oleh para pelajar.




Jamuan ringan bersama wakil pengawai Tabung Haji  Tuan Haji Norki Bin Rasna yang diiringi oleh P.Kanan Ko-Kum En. Awang Tajuddin dan P. Kanan Petang Ustaz Ramli.

PN. PENGETUA PN. HJH NORMAH HJ.HUSIN
 DAN SEMUA WARGA SMK BATU SAPI 
MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN PROGRAM LAMBAIAN KAABAH.
















Tiada ulasan:

Pengikut