PANORAMA

MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BATU SAPI SANDAKAN.

MEMBER LIKE

30 Ogos 2014

PROGRAM PENDIDIKAN KENEGARAAN ANJURAN PPG SANDAKAN

30 Ogos 2014 - berlangsungnya program pendidikan kenegaraan untuk warga pendidik di daerah
                          Sandakan ajuran PPG Sandakan bertempat di Hotel Hsiang Garden


Tahukah anda apa maksud kenegaraan? 

Kenegaraan merupakan satu kursus yang mengajar tentang hal ehwal sesebuah negara untuk melahirkan warganegara yang baik dan bertanggungjawab. Warganegara yang baik mesti mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. 

Sementara dalam disiplin sains politik pula, kenegaraan selalu di rujuk sebagai pembinaan negara bangsa. Umumnya kenegaraan adalah satu bidang pengajian yang matlamatnya melahirkan rakyat atau warganegara yang baik dan bertanggungjawab dalam usaha membentuk sebuah negara dan bangsa yang bersatu padu dan dihormati di peringkat antarabangsa melalui pembelajaran dan penghayatan kursus kenegaraan.

Barisan Pentadbiran  Drs Hamid, En. Ajirul dan Ustaz Ramli bergambar bersama  guru-guru SMK Batu Sapi

 Ustazah dan Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling

Gabungan antara guru berpengalaman dan guru baru 

 Pembentangan oleh wakil peserta daripada SMK Batu Sapi- Ustaz Firdaus 

Sesi soal jawab

Fokus dan penuh keyakinan dalam memjawab setiap persoalan yang diajukan.

Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru yang menghadiri kursus ini. Semoga setiap ilmu yang diperolehi boleh dikongsi dengan diaplikasi dengan baik untuk warga SMK Batu Sapi.

Tiada ulasan:

Pengikut