PANORAMA

MARQUEE

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BATU SAPI SANDAKAN.

MEMBER LIKE

8 Ogos 2014

TAKLIMAT ORIENTASI GURU BAHARU 2014

8 Ogos 2014 - Berlangsungnya taklimat mentor mentee bagi guru-guru baharu 2014 bertempat di
                        Bilik Tun Mathadir. Taklimat ini juga disertai oleh Mentor Mentee daripada SMK
                        Merpati, Sandakan.

Modul Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) - Versi 2014 (Edisi 3)

Secara ringkas, Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ini dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) khusus untuk guru-guru baharu yang pertama kali ditempatkan mengajar di sekolah menengah dan rendah mulai tahun 2011. Bermula tahun 2012, pelaksanaan PPGB akan dipantau sebanyak 2 kali setahun. 

Program ini akan berjalan selama setahun bermula dari hari pertama guru baharu ditempatkan (posting). Guru-guru baharu akan dibimbing oleh guru mentor yang dilantik pihak sekolah. Bimbingan dan tunjuk ajar meliputi aspek pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, pengurusan tugas dan program sekolah, pelaksanaan ko-kurikulum dan beberapa aspek yang berkaitan dengan hal ehwal murid.

BPG mendefinisikan PPGB sebagai satu program pembelajaran melalui bimbingan yang berstruktur berasaskan sekolah untuk menyokong pembangunan profesionalisme Guru Baharu bagi meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan. Ia merupakan proses memasyarakatkan Guru Baharu supaya dapat menyesuaikan ilmu dan kemahiran yang sedia ada dengan prosedur, sistem sekolah dan penguasaan pengajaran yang berkesan


 Taklimat Program Pembangunan Guru Baru (PPGB) disampikan oleh Pn. Pengetua Pn. Hjh Normah Hj. Husin dan Pn. Kanan Pentadbiran Drs Hamid Abdul Rahmat.

 Pn. Kanan Pentadbiran Drs Hamid Abdul Rahmat sedang menbuat edaran bahan taklimat.


Guru-guru Mentee daripada SMK Batu Sapi dan SMK Muhibbah





Antara guru mentor daripada SMK Batu Sapi



Cikgu Sumarni, Cikgu wahida dan cikgu Lee Sook Fei antara guru mentor dari SMK Batu Sapi.

Tiada ulasan:

Pengikut